Tuesday 8 April 2014

Berhabuk, Berdebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Pagi. Selamat Hari Selasa. Selamat semuanya. Aceceyy :)

Tajuk entry: Berhabuk, Berdebu.

Yesss!! Itulah yang dimaksudkan. Haha. Mula2 niat tak mau dah dok rubbish2 tang ni. Tapi tetiba harini terasa macam nak rubbish2 sat tang ni. Biaq p la. Blog aku. Ada aku kesah?

Last aku update blog ni bila pun aku tak ingat. Tak dan nak tengok. Log in, terusss nak taip new post. Gelojoh kan? Bhahahaha.

Banyak benda nak share sebenaqnya. Antaranya, aku bukan lagi BUJANG. Ok, macam tak percaya pun ada laa sebab tak plan pun nak kawen. Bulan 4 tahun lepas (setahun yg lalu laa) didek a.k.a. boyprend lagi la time tu, dapat keja kat UUM gak. Syok tak tau nak habaq laa. Tup2 bulan 7, didek kata, "Jom kawen nak?" kalau time couple ni, aku rasa besa laa kalau ayat tu kan? Haha. Aku dgn slumber, "Jom la. Bila? Esok?" Pastuu jadi laa bahan lawak kmi jaa. Modaii nak sembang ja laa kan.. Dan kebetulan keta kesayangan dia buat pasai plus mulut org tmpat keja dok kata kat kmi sangat kan, terdetik laa dgn seriusnya nak kawen.. *Mulutt hat mana dok fitnah aku tu, Alhamdulillah. Di akhirat kita akan jumpa :)

Aku mula2 macam excited! Pastu jadi ketaq dok pikiaq, betoy ka aku ni? Dalam bulan posa tu, dia ajak p beli cincin dengan ibu dia. Beli 2 cincin.. Balik sembang dgn family, family aku kata, raya posa ke3 kakngah aku nak buat open house. Tunang la time tu. So, tarikh 10.08.2013 kami bertunang.. Simple gila! Tak bohong eh. Hantaran tak main la wey. Mai sarung cincin sudah. Tak makan modai sgt. Haha. Family aku bukan kisah sangat bab adat2. Walid kata, buat yg WAJIB pun dah cukup :) Alhamdulillah.. Time tunang tu, family didek minta dipercepatkan nikah. Mula2 dok bajet, paling cepat pun bulan 12 la kan.. Sebab aku laa tergedik2 nak tarikh 13.12.13 *sweet la konon*. Dan kalau nak tau la, kmi siap tempah dewan dah utk date 14.12.13.

Dalam 2 minggu lepas tunang, aku dgn didek bincang n bagi beberapa tarikh nikah kat family masing2. Dan tarikh yg dipersetujui 18.10.2013 bersamaan raya haji ke3! Raya ke3 lagi??? Dan yg paling best, dalam bulan Islam, 18.10.2013 (18 Okt 2013) bersamaan 13.12.1434H (13 Zulhijjah 1434). Ha tudiaaa.. Nak sangat date 13.12 kan?? Dah dapat 13.12 tapi dalam bulan Islam :) See?? Yg tak dirancang tu la yg menjadi.

So, dalam masa yg tak sampai dua bulan, kmi kena settle bab nikah. Dushh!! Dusshhh!! Alhamdulillah, the simplest solemnization ceremony berjalan dgn lancar.. Majlis yg berjalan dlm jam 3.30ptg, dengan sekali lafaz, sah jadi bini "DIDEK BAIK"..

Nikah dah.. Majlis sanding macamana? Oppsss! I ollssss x main sanding2 ok :) I ollssss buat kenduri saja.. Kenduri jalan seperti perancangan awal pada 14.12.13 dan 15.12.13..Kenduri belah aku buat di bilik santapan di dewan KUIN.. Diulang di BILIK SANTAPAN yg terletak di dewan KUIN.. Tak kecil, tak besar.. Alhamdulillah muat utk lebih kurg 1000 org tetamu yg mai bukan sekali gus. HAHA.. Kenduri belah didek buat di rumah dia.. Alhamdulillah semua berjalan lancar :)

Thanks to all yg attend! Sorry for those yg atul terlepas pandang, tak terpanggil p kenduri..

Lepas 2 bulan nikah, didek dok rasa dia pelik.. Makan tak lalu, badan tak berapa larat.. Aku lak yg syok makan tak ingat ke dunia... Didek terdetik suruh p cek UPT, cek2 tgk... NEGATIF. Dalam seminggu lepas tu, aku berasa lain macam, aku beli UPT smbunyi2. Balik keja, saja cek smbunyi2. Tetiba terjerit2 pggil didek.. Kabur ja tgk.. Tak tau laa positif kaa negatif kaa.. So, didek suruh siap, dia bawa p klinik.. Kat klinik pun cek sama jaa pakai UPT tu jaa.. Doktor pun tak leh sahkan sbb scan tak nampak apa.. Aku tak puas hati, esok tu p keja, aku p pusat kesihatan UUM.. Kt situ yakin sikit sbb depa cek guna mesin pa tah.. Aku p cek, doktor cakap "Kalau ikut result ni, puan mmg POSITIF mengandung" Alhamdulillah!! :) Rezekii..

Sekarang dah bulan April 2014.. Means, dah 16wks++ aku baby aku ni.. Sama dgn 4 bulan++ laa.. :) Haritu time baru 13wks++, saja la p scan.. Ajak didek masuk tgk sama.. Time tu dah nampak jantung, kepala, bdn, tulang, kaki, tgn, hidung.. Didek pulak excited.. Mengalahkan kita lak! Hehehe.. Pengalaman slama 4bulan aku mengandung nii, biasalaa, MABUK.. Aku mabuk ni sampai berat turun 5 kilo laa. Sampai skrg ni aku tak berapa lalu makan.. Kdg2 tgh nyenyak lena tgh malam, aku trjaga, celapak p toilet, muntah sampai lembik weyyyy.. Bau pelik2 pun tak leh. Hidung ni sensitif laa.. Bau apa2, aku akan bau dulu laa.. Sebelum ni tak pernah heran pun bau2 nii.. Makanan yg aku dok mkn gila2 sblum ni, jd semua tak lalu habeh.. Hat aku tak pernah2 lalu mkn, dok gila mkn sgt laa ni.. HAHAHA. Tiap org mengandung tak samaa.. Kalau org hat tak tau alah mengandung or tak penah rasa, depa tak tau laa apa aku rasa.. BUKAN NAK MENGADA tapi tu HAKIKAT.. Yg bestnya, dalam opis aku, 4 org mengandung.. Usia kndungan pn lebih2 kurg ja semua. HAHAHA. Rezeki ramai2 :D

Habeh dah kot dok RUBBISH tang ni?? END!

*sebelum tu, sama2 kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada semua sahabat seIslam kita tidak kira yang hidup atau yg mati kerana surah Al-Fatihah itu banyak fadilatnya. Terutamanya kepada warga penumpang dan krew MH370. Semoga cepat2 laa dijumpai bukti2 yg kita tunggu selama ni.. InshaaAllah.. Amiinn :")

_Husband_Wife_InshaaAllah_TillJannah_Together_
~aretul_purplish~
Syukran, Thanks, Terima kasih for reading :)

Monday 25 June 2012

ALHAMDULILLAH..dah diijab kabul..

Assalamualaikum w.b.t.

Heiyaaahh !! Sorang lagi member Atul dah diijab kabul :) Suka sangat.. Jodoh awal kan.. Tumpang hepy larh utk dia n husband.. Selamat pengantin baru yeahh..

Kalau kenalan kita dah menikah, kahwin, sepatutnya kita tumpang hepy larh kan.. Bersyukur.. N doa kebahagiaan diorang.. But why ada segelintir yang nak pertikai hal tu?? Hurrmm.. Pelik lah.. For me, dia nak kahwin dgn lecturer tempat dia study dulu ke, depend larh rite.. At least si laky tu still bujang.. Kalau suami orang pun, apa hak kita nak kata kat dia.. Rite??

Heyy orang2 sekalian.. Fikir camni ja lahh.. Buat apa kita nak gosip2 hal orang lain beb.. Dia dah menikah dah pun.. Dapat PAHALA kat dia.. Kita ni?? Dah x menikah lg, berdating sana sini, dosa tu dah banyak.. Ni nak tambah dosa kata kat orang lak?? Haiyyooo ~ Setiap orang boleh berubah rite?? Jangan ingat diri kita terlalu sempurna.. Sekarang kau cakap lah nak cari gurl yang baik, litup semuanya kan.. Alhamdulillah.. :) Tp kita hanya rancang.. Allah yang tentukan.. So, mana lah tau.. Ntah2 nnti dapat kat kau orang yang sebaliknya macam yang kau nak, haaa... Tak ke malu?? 

Aku cakap semua ni sebab aku rasa x patut larh kau nak gosip lajak2 sangat hal orang lain.. Dah dia dah nikah, ALHAMDULILLAH :) .. Kalau aku dapat orang mai masuk minang aku, aku pun mau.. Tapi aku ni pon x da rezeki lg.. Huhuuhuu. Kesian dak? HAHA.. 


*beb, aku x kata aku perfect, aku x kata aku x buat dosa.. aku sedaq diri aku. sebab tu aku rasa, x patutlah kita nak nilai orang lain kalau kita x cermin diri kita dulu :)


Thanx dude..

~aretul_purplish~
Syukran, Thanks, Terima kasih for reading :)

Saturday 16 June 2012

Keredhaan Allah , Keredhaan Ibu Bapa ..

Assalamualaikum w.b.t.

"Keredhaan Allah, terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"

Just a reminder for me and others. Kadang2 kita tak sedar, perlakuan, percakapan kita ada yang buat ibubapa kita terasa. Tapi, ingatlah, doa ibubapa adalah doa yang paling mujarab utk anak2nya. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka adalah satu doa.

Im not saying that im a good daughter. But im trying to be the BEST daughter! So, for those yang dah buat parents terasa tu, apa kata, pegi la jumpa parents masing2, minta maaf sebelum terlambat. Kita x tau bila ajal kita, bila ajal mereka rite? So, sedar2 kan lah diri. Im reminding myself too. 

Sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu :) Even dah bersuami dan beristeri, tapi ingatlah asal-usul kita. Dari perut siapa kita dilahirkan? Siapa yang bersusah payah membela kita even mereka dalam susah, even dengan gaji yang kecil? Siapa yang buat kita senang sekarang? Memang atas usaha kita sendiri. Tapi, cuba fikirkan, KALAU BUKAN KERANA IBU KITA YANG MELAHIRKAN KITA, BAPA KITA YANG BERSUSAH PAYAH MENGHANTAR KITA UNTUK MENCARI ILMU, KITA TIDAK AKAN DAPAT CAPAI APA YANG KITA CAPAI SEKARANG INI!! Kesenangan kita di dunia ini bukan untuk selama-lamanya. Dengan sekelip mata saja, Allah dapat menarik balik semua kesenangan kita sekiranya kita terlalu takabur.

Sehina manapun ibubapa kita, semiskin manapun mereka, seteruk manapun mereka, mereka tetap ibubapa kita. Ya Allah, jauhkanlah aku dari menyakitkan hati mereka. Jauhkanlah para ummatMU daripada menyakiti, membelakangi ibubapa mereka. Ingatlah, sekarang kita mampu membuat mereka disakiti, nanti semua itu akan berbalik kepada kita. Anak2 kita pula akan buat kita disakiti sepertimana kita pernah membuat ibubapa kita disakiti. 

the latest picca my lovly UMMY and WALID <3

Bermuhasabah diri :) Alhamdulillah :)

~aretul_purplish~

Syukran, Thanks, Terima kasih for reading :)