Friday 17 February 2012

INFO : Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

*Assalamualaikum w.b.t*

1. BarliBagus untuk demam jika dibuat sup.

2. KurmaNabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
 
3. Buah Tin Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
 
4. AnggurNabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
 
5. MaduIa adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.  Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
 
6. Tembikai (Segala Jenis)Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal  melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
 
7. SusuNabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti  tangan membuang peluh dari  dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
 
8. CendawanBaik untuk mata, perancang keluarga.
 
9. Minyak ZaitunRawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
 
10. DelimaMembersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
 
11. CukaNabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).
 
12. AirMinuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



*terbaca info ni di email staf UUM . so , Atul just copy and share with others :)


~aretul_purplish~
Syukran, Thanks, Terima kasih for reading :)

Sunday 5 February 2012

salam maulidur rasul : 9 MIMPI RASULULLAH S.A.W.

Assalamualaikum wbt ..


selamat menyambut MAULIDUR RASUL pada 12 Rabiulawal 1433H ..
bersempena hari kelahiran nabi Muhammad S.A.W. ini , Atul nak kongsi sikit kisah mimpi-mimpi baginda .. :)


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: 

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU 
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



*SENTIASALAH KITA BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.



*sentiasalah berdoa untuk kita semua agar mendapat syariat dan hidayah dariNYA..
*Allah sentiasa membuka pintu taubatNYA untuk para umatNYA..
*sesungguhnya aku adalah salah seorang insan yg lemah yg ingin berubah..
~aretul_purplish~
Syukran, Thanks, Terima kasih for reading :)