Saturday, 17 March 2012

my UMMIE and WALID

Assalamualaikum w.b.t.

UMMIE ..
she's the person who is give birth to me
beliau bertarung nyawa demi saya
beliau menahan sakit itu demi saya ..

UMMIE WALID ..
semasa saya kanak-kanak2 ,
mereka tidak letih memimpin saya bertatih 
sehingga saya mampu berlari dengan sendirinya ..

UMMIE lah yang menyediakan makan minum saya
UMMIE lah yang menyediakan pakaian saya
WALID lah yang memberi wang saku untuk ke sekolah
WALID lah yang menghantar , mengambil saya di sekolah
WALID lah yang berusaha siang malam mencari duit demi keluarga
UMMIE dan WALID lah yang sabar melayan kerenah budak-budak saya 
UMMIE dan WALID lah yang sanggup berjaga tatkala saya demam ..
UMMIE dan WALID lah yang menjadi guru saya di rumah
mengajar saya membuat kerja rumah ..

namun ketika umur saya mencecah 13 tahun
saya mula pandai memberontak 
melawan setiap percakapan mereka 
mula menjauhkan diri dari mereka
lebih mengagung-agungkan kawan-kawan
lebih mementingkan diri
setiap apa yang mereka tegur 
saya menganggap itu sebagai keBENCIAN mereka kepada saya
sedangkan teguran itu adalah tanda CINTAnya mereka kepada saya
saya telah membuat mereka menangis 
membuat mereka terguris hati
membuat mereka risau memikirkan diri ini ..
tatkala saya bergembira bersama kawan-kawan 
sehingga lewat malam 
saya tidak memikirkan UMMIE WALID yang risaukan keadaan saya
saya abaikan mereka ..

YA ALLAH , kejamnya hamba MU ini
butanya hati hamba MU ..

ketika berusia 15 tahun ..
baru saya sedar , apalah akan jadi pada diri ini
sekiranya TIADA UMMIE di sisi ..
baru beberapa jam beliau discaj dari wad
beliau bersusah payah datang melawat saya di wad
beliau bersusah payah menjaga saya siang dan malam
memandikan saya , memberi semangat kepada saya
walaupun peluang untuk saya kembali pulih berjalan seperti biasa adalah TIPIS
beliau tetap berusaha membantu saya ..
WALID pula tidak henti berusaha mencari penawar
untuk penyakit saya
walau beribu-ribu batu ..
beliau bersusah payah membayar perbelanjaan perubatan saya
walau beribu-ribu ringgit ..
ketikau itu walaupun secara fizikalnya mereka tabah 
namun saya tahu jauh di sudut hati , mereka sedih melihat keadaan diri saya
yang hanya mampu berbaring di atas katil
tanpa dapat menggerakkan kaki walaupun sedikit ..
atas usaha mereka , akhirnya saya dapat berjalan seperti biasa 
terima kasih YA ALLAH
terima kasih UMMIE WALID ..

betapa mulianya UMMIE WALID saya ..
walaupun telah saya lukai mereka suatu ketika dahulu
walaupun pernah saya titiskan air mata mereka kerana kelakuan saya
mereka tetap menyayangi saya 
menjaga saya !

sejak saat itu , baru saya sedar semua itu
mereka lah UMMIE WALID saya
mereka lah cinta hati saya
mereka lah rakan karib saya
mereka lah jiwa saya
mereka lah segala-galanya 
mereka tetap menyokong apa saja yang saya buat ..

saya tidak akan lupa semua itu !
saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membalas jasa UMMIE WALID
walau tidak sebesar mana yang saya mampu balas ..

saya sayang mereka sampai bila-bila !


inilah MEREKA :')



*saya cinta mereka tersangat amatlah*

~aretul_purplish~
Syukran, Thanks, Terima kasih for reading :)

2 comments:

  1. Blogwalking ke sini... Jemput ziarah ke sana juga.. ;)

    http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/03/perihal-lelaki-kacak_16.html

    ReplyDelete
  2. okiesh dear . btw , thanx eah :)

    ReplyDelete