Sunday 31 July 2011

EGOIS LELAKI ..

Sebagaimana umum tahu lelaki sememangnya mempunyai sifat berbeza dengan wanita. Samaada dari segi cara berfikir, emosi, pendirian, tingkah laku dan sebagainya.
Sikap lelaki sememangnya dibekalkan dengan keegoan. Sikit atau banyak, berakhlak atau tidak itulah yang mampu menguasai keegoan seorang lelaki. Lihat sahaja dalam pemerintahan, lelaki dengan senang hatinya mahu menjadi ketua, mahu menguasai wilayah, mahu ada kuasa.
Berbeza dengan wanita, mereka lebih gemar akan hal-hal yang berbeza dengan lelaki. Lebih tertumpu dan detail pekerjaannya sehingga sekecil-kecil perkara turut diambil pusing. Itu bukan kelemahan!jangan disalah anggap. Itulah kesempurnaan. Baiklah, cuba kita lihat perbualan di bawah ini.
“Budin, hang try tolong aku masak hari ni pulak.”
“Arrgh, benda remeh ja tu..buatla sendiri. Suruh aku pulak. Banyak masalah Negara aku tengah fikir ni..” Bangkang rakannya.
“Demo tokleh wat gitu, buat supo kawe nih..berat demo.” Tegur seseorang.
“Biar arr, ikut kawe nak wak guano. Buke sabit ko demo pun.” Balas seseorang pula.
“Abang nii, suruh bancuh susu pun tak reti…itu belum suruh masak, basuh baju, kemas rumah, jaga anak..”
“Awak ni banyak membebal tengah-tengah malam ni apahal? Takda masa saya nak buat benda-benda gini!.”Jerkah Si Suami.
Perbualan lazim didengari melibatkan insan bergelar lelaki, samaada peringkat perkuliahan ataupun sudah berumah tangga. Dalam perbualan itu, jika tidak kena konsep hikmahnya saya yakin ia akan berpanjangan. Malahan boleh membawa kepada perbalahan dan keretakan serius keakraban dua insan. Bila bertemu api dan api jika tidak dibendung nescaya bertambah maraklah api itu menjadi sebesar-besarnya bahkan mampu membakar hutan-hutan simpan seperti di Sumatera dahulu. Api lawannya Air. Berhikmahlah dalam menangani.
Tauladan Mulia
Memang dan teramat susah untuk mengikuti tauladan junjungan mulia penghulu Nabi iaitu Rasulullah SAW. Ini kerana, isteri baginda Saidatina Aisyah r.a sendiri mengakui akhlak baginda ialah Al-Quran. Tinggi pekerti, luhur akhlaknya, hemah berbicara, lapang dada merupakan antara sifat seorang Nabi yang ma’sum. Namun kita dianjurkan untuk menjadi baginda SAW sebagai role model. Manusia tidak sempurna, menuju kesempurnaan itu sebaik-baiknya.
Tercatit di dalam sirah, ketika mana Nabi Muhammad SAW hendak membuka kota Mekah dalam peristiwa fathul Mekah beliau menyuruh sesiapa di antara penduduk Mekah yang ingin selamat boleh berlindung di rumah Abu Sufian. Kerana baginda tahu, Abu Sufian salah seorang pembesar Mekah yang sukakan kemegahan dan penghormatan sebelum itu. Akhirnya, Abu Sufian memeluk Islam. Lihatlah bagaimana hikmahnya Rasulullah SAW berdepan dengan keegoan seorang lelaki. Luntur, luluh, jatuh berderai ego menjadi debu-debu berterbangan ditiup angin gurun. Diriwayatkan dalam kitab adab, Hakim dan Baihaqi bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Antara contoh lain dikalangan sahabat ialah sikap Khalifah Umar Al-Khattab bila mana menjadi Khalifah Islam selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Dalam suatu peristiwa, Saidina Umar ditegur kerana statement berkenaan penetapan mas kahwin yang dikeluarkannya mengundang ketidakpuasaan hati wanita. Lantas wanita tadi menegur pemimpin Islam itu. Adakah Saidina Umar marah? Tidak sama sekali. Bahkan beliau mengiyakan serta menerimanya. Subhanallah, sungguh! Tiada kalam pujian yang mampuku tuturkan lagi buat Rasulullah SAW dan para Sahabat.
Apa reaksi jika pemimpin kita ditegur? Isteri menegur suami? Saya fikir, anda boleh membayangkannya.
Kesimpulan
Konklusinya, dua hikmah yang berbeza dalam dua situasi. Egois bertemu Egoistik. Pertamanya dari penegur itu sendiri, keduanya dari yang ditegur. Kedua-duanya jika kena cara hikmahnya, saya yakin akan jarang berlaku perbalahan rakan taulan, konflik rumah tangga, krisis kepimpinan tidak berakhlak dan sebagainya. Nescaya akan wujud ‘Al-Ukhuwwah wasalamatu sadri’.


~aretul_purplish~
Syukran, Thanks, Terima kasih for reading :)

0 comments:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =)) href='http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/05/letak-emotion-icon-dalam-komen.html'target="_blank">Grab tutorial here

Post a Comment